Cara Mudah Mendapat Jualan
Ramai usahawan internet berasa berat tangan untuk menjawab soalan-soalan mudah daripada bakal pembeli. Dengan andaian, “aku kan dah letak info kat web, baca je lah”.
Tapi tahukah anda, bertanya itu adalah sifat normal yang dilakukan oleh bakal pembeli? Hatta anda sendiri pun tatkala ingin membeli sesuatu, anda juga akan tanya macam-macam. Ya lah, nak beli kena keluarkan duit, jadi kena tanyalah dulu untuk pastikan segalanya jelas.
Berdasarkan kepada hakikat itu, walaupun anda telah meletak maklumat atau soalan lazim (FAQ) di laman web jualan, anda tetap perlu menjawab soalan yang ditanya oleh bakal pembeli.
Saranan saya, jawab secara peribadi dan jangan berikan mereka link ke laman FAQ untuk mereka baca sendiri.
Ya, memang meletihkan, tetapi terkadang, jika bakal pembeli itu seorang yang mempunyai kuasa beli, adalah amat rugi tidak menjawab soalan mereka. Tak jawab, tak ada lah pembelian sebab soalan mereka tak terjawab.
Satu perkara yang perlu anda tahu, ada pembeli yang sedikit ‘bijak’ akan cuba uji para penjual dahulu dengan menghantar emel pertanyaan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana tahap respon penjual. Kalau lambat atau tidak memuaskan (apatah lagi tak balas), maka biasanya mereka tak akan membeli.
Saya pernah menjawab soalan mudah daripada seorang bakal pembeli saya. Dan hasilnya tanpa diminta, beliau telah membayar sebanyak RM210.00. Banyak bukan? Itu baru satu emel. Dan saya hanya balas beberapa baris sahaja.
Sejak daripada itu, saya mula ambil serius terhadap apa jua emel yang masuk hatta emel yang bukan bakal pelanggan pun. Jawablah emel mereka dengan ikhlas tanpa ada rasa benci atau bosan di hati.
Mereka sama seperti anda. Kita semua sama sebab kita manusia. Bertanya adalah lumrah walaupun maklumat sudah sedia ada. Mengapa?
Sebab manusia mahukan ‘connection’ atau wujudnya komunikasi (perhubungan) dua hala antara mereka dan penjual.
Anda letaklah diri anda pada tempat mereka. Tanpa ada komunikasi dengan penjual, ada satu perasaan yang amat berbeza berbanding dengan adanya komunikasi dengan penjual. Ini boleh lah dikatakan sebagai ‘dari hati ke hati’.
Bermula dari hari ini, jawablah apa sahaja emel yang masuk. Walau mereka bukan bertanya mengenai produk, sekurang-kurangnya ia adalah satu bentuk promosi yang tidak langsung.
Selamat mencuba.
PS. Tip Tambahan: Jika anda ada list atau blog, hubungi subscribers anda dan buka peluang mereka untuk bertanyakan soalan. Bagi blog, buat satu post untuk membuka peluang kepada pelawat blog bertanya soalan yang berkaitan.
Khamis, 2010 Februari 04
MENDAPAT PELANGGAN CARA MUDAH
Dicatat oleh mindaemas di 08:55 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Isnin, 2009 Disember 28
APA YANG KITA TAKUT???
Salam Semua
orait minggu ni cuma nak kongsi satu perkara..dalam kehidupan ni kengkadang harus diakui agak sukar kita nak melakukan sesuatu yang baru. Kebanyakan termasuk saya agak kurang berani nak mencebur atau memulakan langkah pertama kearah sesuatu yang mungkin boleh merubah kehidupan kita kepada yang lebih baik..atau memulakan sesuatu yang kita tak pernah cuba dan macam macam lah lagi..banyak alasan yang dibagi.
Takut takut…buat ni boleh saya andaikan satu positif mantera motivasi untuk melakukan sesuatu dan sebenarnya berlaku dalam diri kita tanpa sedar. Mantera ni selalu diucapkan bila ada training di Agensi.
Apa yang kita takut dalam kehidupan???
“takut ler nak buat bussiness kat internet”
“aku tak tau ler nak buat website”
“camner yer nak jumpa orang tu nak close sale”
“takut la nak jumpa orang”
Itu sebahagian ler yang boleh saya quoted mengenai takut ni. Jangan takut untuk membuat benda yang baik selagi tidak menyalahi undang undang, agama negara dan sebagainya. Jadikan takut sebagai langkah pertama untuk berubah…bagaimana?
Dengan melakukan perkara yang baik dan betul…walaupun ada perasaan takut tetapi anda buat juga…anda takut untuk buat perniagaan internet tapi anda teruskan jua…anda takut nak ketuk pintu opis client tapi anda teruskan jua….maknanya anda tidak berpatah balik kebelakang dan saya pasti jika anda sudah biasa melakukan lama kelamaan keyakinan dan keberanian akan datang didalam diri anda…siapa pula yang tidak gagal pada kali pertama
Dicatat oleh mindaemas di 03:25 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Isnin, 2009 Disember 14
SPEKULASI GOLD BAR
selepas harga emas menjunam dengan teruk,bermacam spekulasi bertiup kencang.pembeli berhati-hati
untuk menambah aset emas.mungkin ada yang takut,emas payah nak jual.ada yang beranggapan
pembekal emas tidak akan membeli balik emas mereka.
spekulasi emas akan menjunam di bawah 1000usd/oz,menyebabkan pembeli menunggu
kemungkinan itu.adakah selepas ini bank akan mengambil semula pajakan gold bar.
ramai masih menunggu apakah tidakan bank selepas ini.dengan dasar enggan menerima
pajakan gold bar,mengganggu pembelian gold bar yang rancak sebelum ini.
kita berharap langkah membekukan pajakan gold bar hanya bersifat sementara.mungkin akan
ada yang mengambil kesempatan,ke atas penyimpan emas yang terdesak untuk mendapatkan
aliran tunai.apakah matlamat penubuhan arrahnu??
bila arrahnu tersasar dari matlamat,apa pilihan untuk penyimpan emas?? mungkinkah terpaksa
pajak di kedai pajak konvesional.dasar yang di buat terburu-buru akan memberi impak
kepada penyimpan emas.kita masih menunggu apakah rasional,membekukan pajakan
gold bar di arrahnu.
Dicatat oleh mindaemas di 20:53 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Khamis, 2009 Disember 10
ETIKA PEMBELIAN EMAS
kebelakangan ini ramai pelanggan yang sesuka hati membuat tempahan dan membatalkan
tempahan.ini sedikit sebanyak meresahkan agen-agen public gold.ada yang kehabisan modal
bila tempahan di batalkan.bila berlaku pembatalan,item-item tersebut menghakis modal
agen-agen public gold.
bukan semua pelanggan,mahu item yang sama.bila sesuatu item tidak terjual,akan menjadi
liabiti agen-agen untuk membeli stok yang di pesan oleh pelanggan yang lain.ramai yang
beranggapan agen menerima komisen yang lumayan.kecairan modal agen akan terbantut
bila sesuatu item di pesan sewenang-wenangnya dibatalkan.
bukan semua agen mempunyai modal yang banyak untuk menampung pembelian item yang
di kehendaki pelanggan.kami agen-agen public gold menggunakan modal yang besar untuk
membeli item-item yang dikehendaki pelanggan.di sini saya memohon jasa baik pelanggan
untuk memahami situasi kami.
ada agen-agen public gold tidak menyimpan stok yang banyak.bila pelanggan menghendaki
sesuatu item yang tidak ada dalam simpanan,agen akan membeli dari public gold dengan tunai.
kami agen-agen public gold cuba memberi khidmat terbaik kepada pelanggan,untuk menjaga
imej peniaga-peniaga emas.
kami di langkahemas akan mengambil deposit untuk sesuatu item bagi mengelakkan
pembatalan.
DEPOSIT BAGI GOLD BAR
1. 20GRAM = RM 200
2. 50GRAM = RM 500
3. 100GRAM =RM 1000
DEPOSIT BAGI GOLD DINAR
1. 1 DINAR =RM 50
2. 5 DINAR = RM 250
3. 10 DINAR RM 500
kami di langkahemas memohon jasa baik tuan/puan untuk mendeposit
mana-mana item yang ingin di pesan melalui kami.segala kesulitan
harap di maafkan.kami hanyalah peniaga ikan bilis,yang mencari sesuap nasi.
dengan langkah ini di harap tuan/puan memahami situasi kami.di harapkan
dengan langkah ini,kami dapat memberi khidmat terbaik kepada pelanggan kami.
Dicatat oleh mindaemas di 10:57 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Isnin, 2009 Disember 07
JUNAM SAMPAI MANA???
tentu ramai pelabur mengeluh panjang bila emas menjunam teruk.ada yang mengambil sikap tunggu
dan lihat.sebagai pelabur tentu tidak mahu kerugian yang teruk.adakah pilihan lain bagi menampung
kejatuhan emas??
bila harga menjunam inilah saat kita menambah aset emas kita.prestasi emas tidak pernah menghampakan
pelabur emas setiap tahun.emas akan menjunam sampai ke mana??.ini persoalan ramai pelabur,yang
terus memantau pergerakan harga emas.
ada pengalisis meramal emas membuat correction sampai 1090usd sebelum melonjak ke 1270usd.
kejatuhan emas tiada siapa yang tahu sampai mana.mungkin sekarang masa yg sesuai untuk menanbah
stok emas anda.jangan terlalu berharap emas akan terus menjunam.
mulakan pembelian anda sekarang sebelum emas melonjak.
Dicatat oleh mindaemas di 18:55 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Ahad, 2009 Disember 06
TAWARAN MENJADI RAKAN NIAGA
salam sejahtera buat pembaca blog langkahemas.tentu anda berkira-kira nak menambah stok
emas.kami di langkahemas sedia memberi khidmat perunding berkenaan emas.
ada beberapa tawaran dari pihak langkahemas,untuk pelabur yang kekurangan modal untuk
menjadi agen public gold.anda di alu-alukan menjadi rakan niaga kami.kami akan menyediakan
khidmat kewangan kepada anda yang kekurangan modal untuk membeli emas public gold.
pihak kami akan memberi nasihat kepada rakan niaga langkahemas.kami akan memberi
tunjuk ajar kepada rakan niaga untuk membuat blog.dengan modal 60% anda boleh menjadi
agen public gold atau menjadi rakan niaga kami
syarat2 dan terma tidak akan di dedah di sini.anda blh berjumpa saya sendiri
atau melalui yahoo messenger.
Dicatat oleh mindaemas di 10:30 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Sabtu, 2009 Disember 05
BOLEH KE BELI EMAS SEKARANG???
TEPUK DADA TANYA SELERA
Dicatat oleh mindaemas di 09:26 0 ulasan Pautan pada catatan ini








